Salam
Editor
Fokus
Kegiatan
Semasa
Kisah
Dan Teladan
Puisi
|
Berkaitan dengan hakikat Qadha' dan Qadar, Allah s.w.t. telah sedia maklum akan perihal kebaikan dan kemungkaran yang manusia lakukan. Allah telah tahu berapa banyak pahala dan dosa yang manusia dapat. Allah telah tahu sejak azali lagi samada kita akan ke syurga atau neraka. Semua penentuan ini telah ditulis di Luh Mahfuz dan tidak mungkin diubah lagi. Q1 : Jika segalanya telah ditentukan, apa faedah kita berikhtiar? Cuba kita tengok analogi Inspektor Polis dengan perompak. Inspektor tahu (melalui pengintipnya! ) yang pada sekian haribulan ni, si perompak akan merompak sebuah bank. Inspektor itu cuma perlu tunggu je sehingga hari tersebut untuk menangkap si perompak. Manakala, si perompak pula bebas untuk memilih sama ada untuk merompak atau tidak. Jika dia merompak pada hari yang dirancang, maka dia pun ditangkap. Jika tidak, maknanya dia terselamat. Kembali kepada topik Qadha' & Qadar, sebagaimana dalam analogi di
atas, begitulah juga perbuatan manusia. Walaupun Allah s.w.t. telah tahu
sejak azali lagi akan segala perbuatan manusia, tetapi manusia tidaklah
dipaksa melakukan perbuatan mereka itu mengikut apa yang dikehendaki Allah.
Bahkan manusia bebas membuat pilihan mereka sendiri. Allah hanya membiarkan
sehinggalah hari pembalasan. Allah menyerahkan ikhtiar kepada manusia supaya
manusia boleh mencari sebab-sebab yang boleh membawa manusia kepada kesudahan
yang dikehendakinya. tetapi ikhtiar ini telah terlebih dahulu diketahui
Allah s.w.t diazali. Kesimpulannya, manusia mendatangkan sebab, Allah menentukan
hasil.
|