Make your own free website on Tripod.com

------------------------------------------------------------
e     d     i     s     i     9
puisi

mukadimah

fokus

akhlak

dakwah

puisi

feqah

renungan

koleksi sinar

Bagaimana...?
Apa yang engkau fikirkan?
Kau ingat aku berbicara tentang hari akhirat?
Itukah yang engkau sangka?
Itukah yang aku cuba sampaikan?

Tidak sekali-kali
Pemikiran kita tidak selari

Malah aku berkata
Tentang hari yang lebihdekat
Hari-hari yang panas dibumi Australia
Atau dimana-mana sahaja

Hari yang panas
Hari yang sangat-sangat panas
Bersediakah engkau tidak mendedah dan menunjukkan auratmu
Demi mengelak yang lebih panas dari panas yang engkau rasa

Hari yang panas
Hari orang telanjang
Kisahkah engkau akan orang yang berpakaian tetapi hakikatnya berbogel
Demi menungguh yang lebih indah dari tubuh yang kau jamah

Hari yang panas
Hari yang tiada pelindung
Melainkan sedikit iman dan takwa sebagai bekalan
Demi mencari Redha-Nya
dari menempah murka-Nya

Sebelum murka-Nya tiada mendapat maafNya
Bila redha-Nya dapat melihat wajahNya
Mungkin akulah kau itu...

Pada suatu hari yang panas
Selepas solat Asar disurau Monash Caulfield
28 August 1998