Make your own free website on Tripod.com

------------------------------------------------------------
e     d     i     s     i     9
feqah

mukadimah

fokus

akhlak

dakwah

puisi

feqah

renungan

koleksi sinar

Cara Mandi Wajib

Soalan:
Bagaimanakah cara mandi wajib yang sebaiknya, maksud saya adakah dengan meratakan air terlebih dahulu? Dan bolehkah kita mandi wajib dengan air yang ditakungkan di dalam kolah yang tidak cukup 2 kolah, tetapi dalam masa yang sama air paip dibenarkan mengalir terus ke dalamnya?

Jawapan:

Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaiman yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi

  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar.
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Jangan dibasuh dahulu kaki. Ia akan di basuh selepas mandi nanti.
  5. Membasuh keseluruhan rambut dikepala.
  6. Membasuh kepala beserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali cebokan air.
  7. Menjirus air keseluruhan bahagian badan di sebelah lambugn kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus air keseluruhan bahagian badan di sebelah lambugn kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kaki.
Boleh mandi junub dari bekas yang tidak sampai 2 kolah dengan syarat hendaklah menggunakan cebok kemudian menjiruskan keseluruhan badan, bukan dengan cara berendam di dalamnya. Pastikan air yang digunakan tidak terpercik masuk ke dalam bekas yang tidak sampai 2 kolah itu. Rasulullah menurut riwayat At-Tirmidhi dalam sahihnya mendi junub dengan hanya satu gantang air sahaja. Satu gantang air masih belum sampai 2 kolah. Baginda tidak berendam di dalam bekas yang baginda s.a.w. ambil air darinya itu.

(Sila rujuk buku Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah')