Make your own free website on Tripod.com

------------------------------------------------------------
e     d     i     s     i     9
akhlak

mukadimah

fokus

akhlak

dakwah

puisi

feqah

renungan

koleksi sinar

Akhlak Rasululllah s.a.w.
     Apabila baginda bertemu dengan sahabatnya, beliau terlebih dahulu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Sahabat-sahabat baginda tidak akan bangun untuk menghormati baginda apabila baginda hadir ke satu-satu majlis kerana baginda melarang mereka berbuat demikian. Apabila baginda lalu di tempat kanak-kanak sedang bermain, baginda memberi salam kepada mereka. Baginda adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah, paling cepat redanya. Baginda amat pemalu orangnya, apabila menatap wajah orang, tidak pernah direnungnya lama-lama.