Make your own free website on Tripod.com
 
E    D    I    S    I        8
 Sirah

 
  
  
   
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gembala-gembala Dunia 
           Kereta yang dinaiki meluncur menelusuri "The Great Dividing Range' di sempadan NSW dan Queensland. Di kiri dan kanan jalan bumi terbentang dengan banjaran yang menjulang ke awan. Sayup-sayup di kaki langit yang tidak dilindungi tanah tinggi terlihat kekawan biri-biri meragut rezeki kurniaan Ilahi. Terkenang jiwa ini akan sirah nabawi ketika kecilnya ar-rasul. Kisah Baginda menjadi pengembala manggamit minda ini untuk berfikir dan akhirnya ku faham sebahagian hikmahnya. 
           Percaya atau tidak bahawa setiap insan yang lahir ke dunia ini adalah pengembala- pengembala, sama halnya dengan pengembala lembu dan kambing di tengah padang ragut  yang luas terbentang. Tidak kiralah dia seorang pemerintah agung ke, seorang alim besar ke, seorang akauntan ke atau seorang pencuci pinggan mangkuk di restoran, semuanya pemegang pasport pengembala di muka bumi ini. 
           Manusia ibarat hamba sahaya yang diperintahkan tuannya membawa ternakan ke padang ragut di pagi hari dan membawa mereka pulang menjelang senja. Tatkala kepulangannya pasti ditanya tuannya perihal ternakan di bawah jagaannya. Cukup makan atau tidak, ada yang sakit ke, ada yang mati dibaham serigala ke. Tuannya yang baik tidak akan marah andaikata si pengembala beriltizam dalam tugasnya. Dia tidak akan marah jika ada kambing mati di makan serigala sekira hambanya itu bersungguh-sungguh dalam kerjanya tetapi besarlah murkanya kalau hambanya bekerja sambil lewa dan kerana itu ada kambing yang hilang atau mati. 
            Lahirnya manusia di muka bumi membawa amanah yang pelbagai jenis. Ada yang amanahnya besar seperti menjadi pemerintah negara dan ada yang sekadar memerintah keluarga dan seringan-ringan gembalaan ialah menggembala diri sendiri. Setiap orang akan dipersoalkan perihal amanah ini setelah pulangnya mereka ke hadrat Tuan mereka, Allah rabbulJalil. Maka redhalah Allah pada hambanya yang menjaga amanah yang diberikan dan murkalah Allah pada yang khianat pada amanah yang diberi. 
           Justeru marilah kita renungkan kembali, apakah 'ternakan' yang diamanah kepada kita oleh Allah, adakah kita serius dalam pengembalaan kita, adakah kita akan pulang dengan ternakan yang gemuk dan sihat atau adakah kita akan pulang dengan ternakan yang kurus yang sebahagiannya telah hilang diperjalanan. 
     
 || Hasrat 3G || Cinta Kerana Allah ||