Make your own free website on Tripod.com
 
E    D    I    S    I        8
 Fokus

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sekiranya Kita Ditakdirkan Bersama
 
Kau yang bernama lelaki
Seandainya suatu hari nanti
Takdirnya kita akan bersama
Melayari bahtera kehidupan
 
Usah kau mimpikan
Selaut sutera keindahan...
Usah kau igaukan
Setinggi gunung kasih sayang...
Juga usah kau harapkan
Bidadari penuh kesempurnaan...
 
Akuilah hakikat yang tersurat
Aku bukan Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah
Aku bukan Siti Aisyah
Mahupun Ummul Mukminin yang lain
Teladan para muslimah
Bukan juga Rabiatul adawiyah
Wnita terpuji oeribadi terindah
Masakan mencapai Martabat Masyitah
Siti Maryam... dan Sumaiyyah???
 
Kau...
Yang bernama lelaki
Demi keranaNya semata-mata
Tidak kutagih apa-apa darimu
Cuma kupohonkan sebuah pengertian
Dan kasih sayang yang suci
Aku amanahkan untuk dirimu
Sekiranya ditakdirkan kita bersama...
 
Mungkin...
Aku bukan Saidina Ali
Jauh sekali menjadi Bilal bin Rabah
Namun jalan mereka sepenuh
dayaku gagah
 
Mungkin aku tak segagah Tariq bin Ziyad
Tidak ku mampu saingi Harithah bin Suraqah
Darjatku pasti tidak sama dengan Ikrimah
Jauhnya aku...
Tertinggallah aku di Sabilillah
 
Mungkin kita ditakdirkan bersama
Seiring membina mahligai megah
yang mungkin tidak bercahaya
Tanpa hiasan permata indah
Tidak termampu memberi bahagia
Selain Dia dan Rasulullah
 
Binalah mahligai di atas nama Allah
Mahligai yang berseri dengan Nur Allah