Make your own free website on Tripod.com
Sinar Online
 
|| Fokus || Feqah || Tauhid || Renungan || Sisipan Istimewa ||
 

 
Wawancara
 
Interview with Mr. E

Pada suatu hari ditakdirkan seorang hamba Allah yang bernama Anas berpeluang untuk bertemu Mr. Australia di sebuah padang pasir yang sunyi di alam mimpinya. Maka berlangsunglah satu perbualan.
 
 

Anas Assalamualaikum pakcik? Apa pakcik buat di sini? Siapa pakcik ni, rasanya tidak pernah jumpa sebelum ini...
Mr. A 
 
 
Wa'alaikumussalam ya anakku. Pakcik memang di sini sepanjang zaman cuma anak sahaja yang selalu terlupa siapa pakcik dan apa peranan pakcik disini. Yang pastinya, pakcik ini hamba Allah jua. Yang membezakan kita adalah peranan kejadian kita sahaja.
Anas Saya tak paham la pakcik. Tolong perjelaskan sikit. Saya tengah blur ni...
Mr. A 
 
Pakciklah bumi tempat anak berpijak, orang panggil pakcik Australia tapi hakikatnya, pakcik adalah bumi Allah yang satu yang dipanggil al-ard.
Anas Saya tengok pakcik sedih saja kenapa?
Mr. A 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Anas, itu nama kau kan? Sekian lama aku menjadi saksi kehadiran kau dan rumpunmu di atas bumi Allah ini. Sekian lama aku tangisi perbuatan manusia yang tidak kenal erti penyesalan dan aku saksikan tamadun bangkit dan runtuh. Aku saksikan para nabi datang dan pergi dan bermacam-macam perkara lagi yang berlaku dalam perutku ini. Anas, aku menjadi saksi dan penyumbang kepada azab manusia dalam kubur bila aku diarahkan untuk menghimpit manusia sehingga berselisih tulang-belulangnya. Usah kau pandang jauh la Anas, cuba kau pandang sahabat-sahabatmu tentu kau dapat bayangkan kesedihanku. Apa perasaanmu apabila kamu melihat taulanmu terkinja-kinja menikmati hidup dunia hingga menjadi lalai kepada perintah tuhanmu. Apa perasaanmu andaikata kau menjadi saksi pergaulan bebas yang berlaku di kalangan sahabatmu. Yang perempuan tak segan silu berdua-duaan dengan lelaki dan lelaki pula sibuk menghambur kata-kata manis buat memikat jiwa. Andaikata perasaan itu tiada wujud ada yang tak kena dengan dirimu Anas. Aku takut akan azab Allah, maklumlahkan tanda-tanda kiamat termasuk apabila perbuatan dosa dipandang biasa dan silap-silap gayanya diagung-agungkan.
Anas 
 
 
 
Pakcik saya tahu apa yang pakcik maksudkan. Kalau tak silap saya, ada hadis yang mengatakan bahawa di akhir zaman akan ada golongan yang  pada pagi harinya Islam tapi menjelang petang dia kafir dan ada yang pada malamnya Islam tapi menjelang pagi dia kafir, agaknya itulah yang berlaku di atas muka bumi sekarang ni kot?
Mr. A 
 
Betul katamu Anas, tak perlu kau lihat jauh-jauh. Cuba kau kira berapa ramai wanita Islam yang sekali imbas nampak macam menutup aurat tapi hakikatnya mereka berbogel dan mengundang azab Allah?
Anas 
 
Maksud pakcik macam orang yang memakai pakaian yang menutup tubuh badan tapi menampakkan bentuk badan macam pakai baju kebaya ke pakai seluar yang ketat ke, gitu?
Mr. A 
 
 
 
Ya benar Anas, itu tidak termasuk mereka yang sudah cukup syarat menurut aurat tapi agaknya sebab tak puas hati dengan itu ditambah pulak dengan make-up. Pakcik sedih bila wanita berhias untuk pandangan umum bukan untuk suami mereka. Sekarang, semata-mata ada majlis rasmi sikit, terus merah bibirnya, mata bercelak dan macam-macam lagi la.
Anas 
 
Orang laki pun sama juga pakcik, haram juga hukumnya kalau berhias dengan niat nak memikat pompuan, walaupun Islam suruh pakai smart dan bersih tapi kerana niat ia boleh jadi haram bukan gitu?
Mr. A 
 
 
 
Betul sangat la cakap kau Anas. Entah la Anas, pakcik dah tua, dah nak mati dah. Mereka ni tak sedar ke yang bila pakcik mati, semua kehidupan akan mati dan dihisab oleh Allah? Pakcik rasa nak berehat la. Teruskan hidup Anas, ingatkanlah manusia akan nasib mereka di hari kemudian tapi jangan lupa jalan mengajak manusia kepada Islam adalah denai onak dan duri fitnah, tiada berpermaidani merah untukmu.
 

 
|| Fokus || Feqah || Tauhid || Renungan || Sisipan Istimewa ||