Make your own free website on Tripod.com
Sinar Online
 
|| Fokus || Feqah || Tauhid || Renungan || Sisipan Istimewa ||
 

 
Renungan
 
Sekadar Renungan Di Tanah Perkuburan

        Kumail berkata, "Aku bersama-sama Ali r.a di dalam suatu perjalanan. Beliau sampai di satu tempat yang tidak berpenghuni lalu beliau meghampiri sebuah kubur lalu berkata: "Wahai kamu penghuni kubur! Wahai kamu yang tinggal di kalangan orang-orang yang telah binasa! Wahai penghuni belukar lagi sunyi sepi! Betapa hal keadaanmu di dunia sebelah sana?" Beliau menyambung lagi: "Berita dari kami ialah bahawa segala apa yang telah kamu tinggalkan baik berapa harta dan kekayaan telah lama diagih-agihkan, anak-anakmu telah lama menjadi yatim, jandamu telah lama berkahwin semula. Sekarang beritahulah berita mengenaimu." Beliau berpaling kepadaku: "Wahai Kumail! Jikalau mereka dapat berkata-kata, nescayalah mereka akan memberitahu kita bahawa perbekalan yang terbaik sekali untuk akhirat ialah taqwa." Airmata mengalir tatkala beliau menambah kata-kata: "Wahai Kumail! Kubur adalah merupakan peti amalan, tetapi hanyalah disedari apabila seseorang itu meninggal dunia."

        Segala amalan kita sama ada baik atau buruk akan disimpan di dalam kubur. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa seseorang itu akan menemui amalan-amalannya yang baik di kubur di dalam bentuk seorang yang menjadi teman setia yang bersahabat dan mententeramkan di sana. Tetapi amalan-amalan buruknya menjadi sehodoh-hodoh makhluk yang akan mengeluarkan bau busuk, menambahkan lagi azabnya.

        Suatu ketika Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat: "Tahukah kamu hubungan antara kaum kerabat, harta dan amalan-amalan dengan diri kamu?"

        Sahabat-sahabat pun menyatakan keinginan untuk mengetahuinya. Baginda bersabda:

        "Ia dapat diumpamakan sebagai seorang yang mempunyai tiga saudara. Apabila dia hampir mati, dia pun memanggil salah seorang saudaranya lalu bertanya kepadanya: "Wahai saudaraku! Kamu maklum malapetaka yang menimpaku? Apakah pertolongan yang dapat kamu berikan pada saat ini?" Saudaranya itu menjawab: " Aku akan memanggil tabib untuk mengubatimu, dia akan memeriksa dan menjagamu. Apabila kamu mati, daku akan memandikan kamu, kafan dan membawa kamu ke kubur. Kemudian aku akan mendoakan kamu setelah dikebumikan. Saudara ini ialah sanak saudara dan kaum kerabat."

        Soalan yang sama ditanyakan kepada saudara yang kedua yang kemudian dijawab olehnya: "Daku akan sentiasa bersama-samamu selagi hidupmu. Sebaik-baik sahaja kamu mati, maka daku akan berpindah kepada orang lain." Saudara ini ialah harta dunianya. Dia menyoal pula saudaranya yang ketiga dengan soalan yang sama, kemudian di jawab:

        "Daku tidak akan meninggalkan kamu walaupun semasa kamu berada di dalam kubur, daku akan memberatkan timbanganmu di neraca apabila amalan-amalannya yang baik." Sekarang beritahulah daku, saudara jenis yang manakah yang mendatangkan faedah yang lebih kepada orang tersebut?"

        Sahabat-sahabat menjwab: "Ya Rasulullah s.a.w! Saudara yang terakhir itulah yang paling bermanfaat kepadanya. Tidak ada keraguan mengenainya. Saudaranya yang dua lagi tidak mendatangkan apa-apa pertolongan."
 

 
Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Orang ahli syurga makan dan minum tetapi tidak buang air dan tidak juga buang hingus dan tidak kencing tetapi semua makanan itu menjadi sendawa bagaikan bau kasturi. Mereka diilhamkan tasbih dan takbir sebagaimana biasa keluar nafas. 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah berfirman : Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang salihin apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan yang belum pernah terdengar oleh telinga dan tegerak dalam hati, bacalah olehmu ayat yang bermaksud " Maka tidak mengetahui sesuatu jiwapun apa yang disembunyikan untuk mereka dari kesenangan pandangan mata." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
|| Interview with Mr. E ||
 

 
|| Fokus || Feqah || Tauhid || Renungan || Sisipan Istimewa || Koleksi Sinar ||