Make your own free website on Tripod.com
SINAR ONLINE
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid ||
 

Santapan Rohani
Syarat-syarat Taubat
 
Tafsir Surah An-Nisa’: ayat 16
         Yang penting hukuman Islam adalah dari Allah yang mempunyai kehebatan. Hukuman itu masuk ke dalam hati, menyedar dan menginsafkan manusia. Ia berlainan dengan hukuman ciptaan manusia. Walaupun nampak hebat hukuman ciptaan manusia, ianya tidak mempunyai sebarang keberkatan.Sebagai contoh hukuman mandatori ke atas pesalah memiliki dadah mengikut sukatan tertentu walaupun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, hukuman itu tidak mampu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah.
        Penyalahgunaan dadah  itu semakin  hari semakin banyak berlaku Ini menunjukkan bahawa undang-undang yang mengendalikan urusan manusia mestilah mengandungi dua perkara iaitu perkara zahir dan roh. Dan yang ada zahir dan roh hanyalah undang-undang Islam. Undang- undang yang di reka oleh manusia tidak mempunyai  unsur kerohanian. Sebab itulah undang-undang berkenaan tidak mampu mengatasi masalah janayah yang berlaku.

        “Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan keji itu (setelah sabit kesalahan mereka) maka berilah hukuman kepada keduanya.”
                                                                                                                                                              (Surah An-Nisa’:16)

        Cara menyakiti keduanya ialah dengan cara menghina, itulah caranya semasa di awal Islam. Penghinaan yang di buat ialah dengan cara marah, maki hamun mereka dan seumpamanya di samping pukulan yang tidak mencederakan. Setelah diturunkan  hukuman  had maka ayat ini dinasakhkan(dibatalkan) hukumannya oleh Allah.
        Firman Allah; maksudnya : “Maka jika keduanya bertaubat dan melakukan kebaikan maka biarkanlah keduanya, sesungguhnya Allah itu Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang.”
                                                                                                                                                              (Surah An-Nisa’:16)

        Yakni taubat itu terbuka luas, dibuka oleh Allah subhanahuwataala. Seterusnya Allah menerangkan perkara yang berkait dengan taubat dengan firman-Nya yang bermaksud:
        “Sesungguhnya penerimaan  taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan sifat kejahilan.”

(Surah An-Nisa’:17)
        Allah Maha berkuasa tiada siapa yang boleh memaksa-Nya. Walaupun Allah mempunyai kekuasaan yang hebat tetapi Dia mempunyai rahmat yang tidak terhingga. Antara rahmatnya ialah Dia Maha Pengampun. Dia telah manatapkan ke atas diri-Nya menerima taubat hambanya yang melakukan kesalahan dengan syarat hamba itu beriman. Tidak diterima taubat orang yang tidak beriman.

        “ Sesungguhnya taubat itu di sabitkan ke atas diri-Nya. Disebut di dalam ayat yang bermaksud, “Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman.”

(Surah An-Nur:31)
        Bertaubat itu fardhu ain bagi setiap orang yang beriman yang melakukan dosa. Ia wajib memohon keampunan kepada Allah dengan syarat-syarat taubat  yang dinyatakan oleh ulama iaitu :
  1. Meninggalkan dosa yang dilakukan .
  2. Menyesal atas perbuatannya.
  3. Berazam tidak mahu melakukan dosa lagi.
  4. Bercita-cita tidak akan melakukannya.
  5. Berikrar dengan taubatnya di hadapan Allah.
  6. Sekiranya dosa itu berkait dengan makhluk maka memohon maaf dan meminta halal daripada makhluk itu.
        Allah menjanjikan pintu taubat itu dibuka dengan seluas-luasnya dan kepada orang yang beriman diberi peluang kepadanya bertaubat sehingga nyawa sampai ke halqum sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith Nabi sallallahualaihiwasallam yang bermaksud :
 
“Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selagi nyawa belum sampai ke halqum.”


 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Koleksi Sinar ||