Make your own free website on Tripod.com
SINAR ONLINE
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid ||
 

Fokus
 
Laporan penilaian kembali terhadap restoran makanan halal di sekitar Melbourne.

Pada cuti musim panas yang lalu, beberapa wartawan sinar telah membuat kajian kembali terhadap beberapa restoran yang menjual makanan halal di sekitar Kotaraya Melbourne yang kerap kali menjadi tumnpuan para pelajar dan orang Islam di sini. kajian ini telah mendapat sokongan daripada Konsul Malaysia, di bawah pengawasan Pakcik Mahmod. Berikut adalah hasil kajian setakat ini.

        Beberapa restoran yang dilaporkan menyediakan makanan halal, disenaraikan bersama-sama artikel ini. Kesemua pemilik restoran yang desenaraikan adalah muslim, kecuali Bombay gate Restaurant di South Yarra. Pemilik Restoran ini adalah seorang India yang berasal dari negara jiran kita, Kota raya Singa.
 

1. Zahara Cafe 
    261, Smith street, 
    Fitzroy
4. Bombay Gate 
    210, Toorak Road, 
    South Yarra
7. Aladdin Halal Pizza 
    Sydney Road, 
    Brunswick
2. Saleem Tandoori 
    114, Bell Street, 
    Coburg 
 
5. Alasya Restaurant 
    Sydney Road, 
    Brunswick
8. Khyber Cafe 
    Moreland Road, 
    Coburg
3. Salam Bombay 
    87, Bell Street, 
    Coburg
6. Flaminggo Halal Pizza 
    St Georges, 
    Thornbury
9. Tiba's Restaurant 
    Sydney Road, 
    Brunswick
 
 
McDonald dan Hungry Jacks, Tidak Menggunakan Daging Halal

Melbourne, 28 Feb - Desus-desas yang mengatakan bahawa daging yang digunakan dalam pembuatan burger di McDonald dan Hungry Jack di Australia telah disembelih dengan cara yang halal, telah menimbulkan kekeliruan terhadap beberapa pihak dalam memilih dan membeli makanan di beberapa kedai makanan segera terkenal di Kotaraya Melbourne. Pendapat ini berdasarkan bahawa Malaysia telah mengimport daging lembu, biri-biri dan sebagainya daripada Australia untuk kegunaan rakyat Malaysia yang kebanyakannya orang Islam. 
     Berikutan itu, wartawan Sinar telah embuat kajian tentang perkara ini, dan menghubungi terus Saudara Mohammad, (berasal dari Kashmir) yang menguruskan kerja-kerja penyembelihan secara halal di Pusat Penyembelihan, Warnambool. Menurutnya, daging yang disembelih di situ bukan untuk pasaran dalam negeri. Semua daging yang disembelih secara halal itu dipasarkan ke luar negara seperti Malaysia, Indonesia dan negara-negara Islam di timur tengah. 
     Walaubagaimanapun, menurutnya lagi, daging-daging halal yang didapati dari 'butchery-butchery' halal di sekitar Melbourne seperti Medina halal meat dan lain-lain, menjalankan proses penyembelihan secara halalnya sendiri. 
     Justeru itu, sangkaan bahawa kedai-kedai makanan segera seperti Hungry Jack dan McDonald menggunakan daging halal, adalah tidak benar sama sekali. 
 

 
Rasa Sayang Halal Restaurant : Dari Mana Sumber Daging Halalnya ?
 
        Semasa saya membuat kajian semula terhadap restoran-restoran halal disekitar Melbourne, Rasa Sayang Restaurant adalah salah-satu tempat yang saya kunjungi. Sebelum itu saya menghubungi restoran itu melalui telefon, untuk memaklumkan tujuan kunjungan saya. panggilan telefon disambut oleh salah seorang pekerjanya dan menyatakan tuan pengurus restoran tidak ada pada hari tu. Walaubagaimanapun, saya mengambil kesempatan itu untuk berbual dengannya mengenai daging halal yang digunakan.
        Menurutnya, daging halal itu didapati dari halal butcher di Brunswick dan Thomastown. tetapi dia tidak menyebut nama kedai tersebut, walaupun saya bertanyakan beberapa kali. saya juga memaklumkan kepadanya saya ingin mengunjungi dapur restoran tersebut pada hari Rabu (panggilan dibuat pada hari Isnin), tetapi harapan saya tidak kesampaian, apabila dia menyatakan bahawa waktu itu restorannya sedang sibuk untuk persediaan tahun baru cina yang kira-kira 4 minggu lagi. "Kalau begitu, saya datang selepas hari raya cina sahaja", saya membalas dan terus menamatkan perbualan kami.
        Disebabkan pekerja restoran itu tidak menamakan nama kedai dimana mereka mendapatkan bekalan daging halal, saya terpaksa menghubungi beberapa halal butcher di Brunswick. Melalui usaha ini, saya diberitahu bahawa Brunswick halal meat poultry ada membekalkan daging untuk kegunaan rasa Sayang Restaurant.
        Tetapi, sehingga hari ini, saya masih belum dapat mengunjungi dapur restoran tersebut untuk melihat bagaimana makanan disediakan, walaupun saya telah cuba menghubungi restoran ini beberapa kali.
 
 
Kalimah Allah diletakkan bersama botol-botol arak

Pertama kali saya mengunjungi rasa sayag Restaurant ialah pada tahun 1995. Saya pergi bersama beberapa teman untuk meraikan kejayaan salah seorang senior yang akan pulan ke tanah air setelah berjaya menamatkan kursus kejuruteraan kimia di RMIT. Kunjungan pertama itu membuahkan beberapa kunjungan yang berikutnya. dalam setiap kunungan ke restoran ini, saya ditempatkan di tingkat satu. 
     Pertama kali saya menjejakkan kaki di tingkat dua restoran itu, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena mengenai restoran itu, apabila saya melihat deretan botol-botol arak pelbagai jenama yang disusun di atas rak yang dikukir indah ala china. Di atas rak yang menempatkan botol-botol arak itu, tergantung kalimah bismillah. Perasaan saya mula berubah. Perasaan was-was terhadap 'kehalalan' makanan yang dihidangkan mula dirasakan. 
     Melalui kunjungan itu, perasaan tidak yakin terhadap restoran itu terus menular dan saya tidak pernah mengunjungi restoran ini lagi. 
 

 
Rasa Malaysian Cafe tidak akan menyediakan makanan halal

Melbourne, 31 Jan - Rasa Malaysia cafe yang terletak di East Malvern, tidak akan menyediakan makanan halal lagi, bermula dari bulan Februari 1998. apabila duhubungi, pengurus restoran itu, memberitahu wartawan Sinar, tindakan ini adalh berikutan dri pasaran yang tidak luas untuk makanan halal di sekitar Malvern, menyebabkan restoran ini mengalami kerugian.
    Oleh itu, semua orang Islam, terutama para pelajar Islam yang tinggal berhampiran East Malvern dinasihatkan untuk tidak membeli makanan daripada restoran ini lagi pada masa-masa yang akan datang.
 


 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Koleksi Sinar ||