Make your own free website on Tripod.com
SINAR ONLINE
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid ||
 

Feqah
Halalkah Daging Sembelihan Ahli Kitab?
 
Ahli kitab adalah gelaran yang sering digunakan dalam Al-Quran untuk merujuk kepada orang-orang Yahudi dan Kristian. Mereka diberi gelaran sedimikian kerana Allah s.w.t telah pun menurunkan dua kitab iaitu kitab Taurat kepada Nabi Musa dan Injil kepada Nabi Isa a.s. Walau bagaimanapun, kedua-dua kitab tersebut telah diubahsuai oeh orang-orang Yahudi dan Kristian mengikut selera mereka. Kesannya, tidak ada satu kitab pun kitab asli yang berada di tangan mereka hingga hari ini.

Makan & kahwin

Apakah kepentingan Ahli Kitab ini kepada Umat Islam? Mungkin ada yang bertanya. Sebenarnya mengenal pasti ahli kitab adalah amat penting terutama dalam pemasalahan makanan dan perkahwinan. Allah s.w.t. di dalam surah telah pun menghalalkan makanan Ahli Kitab dan halal kita untuk mengahwini wanita-wanita mereka.
        Firman Allah dalam Surah Al-maidah : 5;
        "...Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu dihalalkan bagi kamu dan makanan kamu adalah halal bagi mereka. dan dihalalkan perempuan-perempuan yang baik dari kalangan orang yang beriman dan perempuan yang baik dari kalangan orang yang diberikankitab sebelum kamu..."

        Oleh itu amatlah wajar bagi kita untuk mengenal pasti siapakah Ahli Kitab yang dimaksudkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Apatah lagi lagi sekarang ini kita tinggal di negara yang majoritinya penduduknya beragama Kristian dan segelintir mereka beragama Yahudi.

Definisi

Para ulama' berbeza pendaat dalam mendefinisikan Ahli Kitab. Sebahagian ulama' berpendapat Ahli Kitab yang dimaksudkan ialah mereka yang masih berpegang teguh dengan ajaran asal Nabi Musa dan Nabi Isa a.s.
        Oleh itu, oarng-orang Yahudi dan Kristian yang ada pada masa ini tidak termasuk dalam golongan tersebut kerana mereka telah pun sesat dan mengubahsuai ajaran nabi-nabi mereka. Justeru itu, sembelihan mereka juga tidak termasuk dalam kategori yang dimaksudkanoleh Allah dalam ayat di atas.
        Sebaliknya, sebahagian besar ulama' mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian yang wujud pada masa ini adalah tergolong dalam golongan Ahli Kitab walaupun kita maklum bahawa Yahudi dan Kristian sekarang ini telah jauh menyimpang ajaranya dari ajaran asal Nabi Musa dan Nabi Isa a.s.

Faktor sejarah

Pendapat ini berdasarkan faktor sejarah dimana orang-orang Yahudi dan Kristian ini telah pun sesat semasa ayat-ayat Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun begitu, mereka tetap digelar sebagai ahli kitab secara jelas di dalam al-Quran.Contahnya dalam Surah Ali Imran ayat 69 :
        "Sebahagian Ahli Kitab itu mahu menyesatkan kamu..."

        Bagi yang ingin berpegang pada pendapat yang kedua ini, perlulah difahami betul-betul sejarah asal kedua-dua agama tersebut. Selepas mengetahui siapa Ahli Kitab, kita perlu mengenal pasti dengan lebih mendalam siapa Yahudi dan Kristian itu sebenarnya.

Keturunan Israel

Sejarah menjadi saksi bahawa Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. adalah dari keturunan Israel. Dan ajaran kedua-dua nabi tersebut hanya untuk bangsa tersebut. Oleh itu, sudah sewajarlah pengikut-pengikut mereka hanya terdiri dari bangsa Israel.
        Orang-orang Yahudi sekarang ini memeng berasal dari bangsa Israel. Justeru itu, mereka ini termasuk dalam golongan Ahli Kitab.
        Akan tetapi orang-orang Kristian yang wujud dewasa ini, bukan sahaja dari bangsa-bangsa lain. Dalam hal ini, golongan yang termasuk di dalam kategori Ahli Kitab yang hanya terhad pada orang-orang Kristian yang berbangsa Israel.
        Bangsa-bangsa lain yang mendakwa diri mereka sebagai Kristian tidak termasuk dalam golongan ahli kitab yang dimaksudkan. Mungkin para pemvbaca dapat memahami implikasi dari penilitian ini dalam masalah pemakanan dan perkahwinan yang dinyatakan di awal perbincangan,
        Mungkin ada yang bertanya mengapa demikian. Jawapannya berada di dalam Kitab Bible yang ada pada mereka. Di dalam Bab St. Matthew 15:24 Nabi Isa s.a dinyatakan sebagai berkata : "I am not sent but only to the lost sheep of Israel"
        Nabi Isa a.s sendiri menegaskan bahawa dia hanya diutuskan untuk bangsa Israel bukan kepada bangsa-bangsa lain.
        Yang bertanggungjawab menyebarkan risalah Nabi Isa a.s dan mengubahnya serta mendakwa Nabi Isa telah datang bertemu dengan beliau dan menyuruh beliau berbuat demikian.
        Kesimpulannya, golongan Ahli Kitab itu mesti terdiri hanya dari bangsa Israel samaada mereka itu beragama Yahudi atau Kristian. Oleh itu, haruslah kita berhati-hati dalam mengenal pasti Ahli Kitab terutama orang-orang Kristian yang berada di sekeliling kita.
 

Yang Lebih Utama
Sekalipun Allah s.w.t. telah pun menghalalkan makanan sembelihan Ahli Kitab, namun perlulah kita teliti dalam aspek yang mana satu lebih utama. Dalam konteks kehidupan kita di bumi Melbourne ini, daging sembelihan orang Islam senang didapati. Begitu juga restoran-restoran halal yang bertaburan di sekitar Melbourne. Dalam keadaan seperti ini, makanan Ahli Kitab mesti diletakkan pada second priority. Tidak ada sebab bagi kita untuk memilih makanan mereka sedangkan makanan halal telah sedia ada.
Siapa Ahli Kitab ?

        Gelaran Ahli Kitab seringkali disandarkan kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang telah diberikan dua kitab iaitu Kitab Taurat dan Kitab Injil. Nabi-nabi yang termahsyur yang diutuskan kepada mereka ialah Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. Al Quran sendiri menggelar mereka dengan nama Ahli Kitab apabila sejarah hidup mereka diberitakan. Sebagai contoh dalam Surah Ali Imran ayat 70;
        “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya?”
 
        Apa pentingnya istilah Ahli Kitab ini? Mungkin ada yang bertanya. Sebenarnya kepentingan istilah ini berkait rapat dengan masalah pemakanan dan juga pergaulan iaitu perkahwinan. Di dalam ayat Surah Al Maidah ayat 5 Allah berfirman yang maksudnya;
         “Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Al Kitab itu halal bagimu dan makanan kamu halal buat mereka. Dan dihalalkan mengahwini wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita yang menjaga kehormatan di antara orang yang diberikan Al Kitab sebelum kamu…”

        Oleh itu, mengenalpasti siapakah yang dimaksudkan sebagai Ahli Kitab amatlah penting apatah lagi bagi kita yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang majoritinya bukan Islam. Para ulama’ berbeza pendapat mengenai definisi Ahli Kitab ini. Ada yang berpendapat bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian yang masih wujud sekarang termasuk dalam golongan Ahli Kitab yang kita maksudkan. Ini berdasarkan kepada gelaran yang diberikan di dalam Al Quran yang merujuk kepada orang-orang Yahudi dan Kristian yang telah pun sesat sewaktu Al Quran sedang diturunkan. Manakala sebahagian ulama’ yang lain mengatakan tidak. Mereka berpendapat Ahli Kitab yang dimaksudkan itu ialah mereka yang masih berpegang dengan ajaran sebenar Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. Harapnya para pembaca dapat memahami implikasi bagi kedua-dua pendapat itu terhadap masalah makanan dan perkahwinan.
 


 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Koleksi Sinar ||