Make your own free website on Tripod.com
SINAR ONLINE
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Semasa || Tauhid || Renungan ||
 

Fokus
Hadiah Bulan Rejab
 
        Malam itu, sewaktu baginda Rasulullah s.a.w. duduk berhampiran dengan Ka'abah, tiba-tiba datang Malaikat Jibrail bersama sebuah kenderaan disisinya. Malam itu, Nabi s.a.w. dipelawa untuk menyusuri satu perjalanan yang cukup jauh bermula dari masjidil Haram ke masjid Al Aqsa kemudian menuju ke Sidhratul Muntaha. Perjalanan yang penuh dengan pengajaran dan hikmah menuju ke destinasi agong; mengadap Raja segala Raja. Malam itu juga Nabi s.a.w. kembali membawa bersamanya hadiah istemewa pemberian dari Yang Maha Agong. Itulah solat; hadiah malam 27 Rejab. Setibanya kepangkuan ummah, Nabi s.a.w. yang penyayang menghadiahkan pula pemberian ini kepada mereka. Hadiah dihulurkan bersama satu ingatan; 'dirikanlah ia 5 kali sehari dan hayatilah ia'. Hanya mereka  yang menghayati pemberian ini sahaja yang akan merasai kenikmatan hadiah dari langit ini. Antara kesan positif yang lahir dari penghayatan solat ialah:-

1.  Mudah meninggalkan maksiat

        "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar."
(Al Ankabut: 45)

 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Semasa || Tauhid || Renungan ||

|| Koleksi Sinar ||