Make your own free website on Tripod.com

Sinar OnLine
Edisi : 3

SAINS DALAM ISLAM 

 
 
Koleksi Sinar
      KENAPA HARAM?
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dan minumlah daripada rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah." (Al Baqarah,172) "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah apa-apa yang ada dibumi ini yang halal dan baik."(Al-Baqarah 168) Untuk keseimbangan antara keperluan badan dan jiwa, Allah telah mengaturkan beberapa peraturan diet yang sesuai.. Islam telah mengaturkan kepada penganutnya agar memakan benda-benda yang baik dan berkhasiat. Tetapi Allah telah mengharamkan beberapa kategori makanan yang memudaratkan manusia. Semua jenis makanan adalah halal di sisi Islam melainkanlah telah jelas diharamkan di dalam AlQuran. Berikut adalah senarai jenis-jenis makanan yang diharamkan oleh Allah: 1.Daging bangkai binatang. 2.Daging binatang yang mati tercekik. 3.Binatang yang mati kerana dipukul. 4.Binatang yang mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi. 5.Binatang yang mati kerana terluka. 6.Haiwan yang mati kerana dibunuh oleh binatang buas. 7.Darah yang tercerai dari tubuh, daging dan organ binatang. 8.Binatang yang dibunuh selain dari nama Allah. 9.Binatang yang dikorbankan untuk berhala. 10.Khinzir termasuk 'by-products' nya. 11.Benda-benda yang memabukkan.
Senarai-senarai tersebut ada dinyatakan oleh Allah dalam surah Al Maidah ayat 3-4, 93-94 dan 90-91.
PENGHARAMAN BANGKAI Allah telah mengharamkan binatang yang mati secara semulajadi tanpa di sembelih atau diburu.Semuanya ini dinyatakan oleh Allah dalam surah Albaqarah,172-173, Al Maidah,3-4 dan Al An'am 145. Memakan bangkai adalah suatu perbuatan yang amat berlawanan dengan sifat kemuliaan manusia. (Bangkai membawa erti binatang yang dibunuh selain penyembelihan dengan nama Allah). Selain itu, ia membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia. Dr Kazim (Medical Aspects of Forbidden Food in Islam) menerangkan bahawa penyakit akan dapat dipindahkan kepada manusia melalui tiga perkara; sentuhan, memakan daging atau organ dan vector seperti serangga dan lain-lain.
PENGHARAMAN KHINZIR Pengharaman khinzir di dalam Islam adalah dinyatakan di dalam Al Quran di dalam surah Al Baqarah ,173; surah Al Maidah,3-4; surah Al An'am,dan surah An Nahl,115. Oleh kerana ruangan ini ruangan sains dalam Islam, maka penulis hanya akan memperkatakan tentang hikmah berdasarkan fakta sains. Menurut "Islamic Dietry laws and Practices" karangan Mohammad Mazhar Hussain, di dalam daging khinzir itu terdapat pelbagai jenis parasites dan bacteria yang bila di makan akan dapat memudharatkan manusia. Antaranya ialah tapeworms, round worms, hook worms, faciolopsis buski, paragonimus dan clonorchis. Ada sejenis parasite yang di beri nama Taenia dan ia mempunyai dua species. Satu ialah Taenia Saginata yang berada di dalam binatang ternak seperti lembu dan kerbau dan sejenis species lagi ialah Taenia Solium yang berada di dalam daging khinzir. Terdapat perbezaan di antara bentuk dan kitaran hidupnya. Contohnya, Saginata berada di dalam usus manusia dan melengkapkan kitaran hidupnya di sana. Tetapi ia dapat dimusnahkan dengan menggunakan beberapa jenis ubat. Tetapi Taenia Solium tidak boleh melengkapkan kitaran hidupnya di dalam usus manusia dan ia akan terserap ke dalam darah manusia melalui dinding usus tersebut ke seluruh tubuh manusia. Parasit ini boleh memberi kesan kepada organ penting manusia seperti otak, mata, kulit,hati, paru-paru dan jantung. Ia menyebabkan berlakunya ketumbuhan kepada organ-organ tersebut. Didalam sebuah buku yang di tulis oleh Rizvi, "Secara ringkasnya, khinzir adalah pembawa kuman yang paling utama yang merupakan penyebab kepada penyakit-penyakit yang membawa maut seperti penyakit usus,trichinosis, cacing pita, cacing bulat, jaundice (penyakit mata), pneumonia (penyakit paru-paru), paru-paru membesar, taun,emaciation, demam panas, bantut, sudden death dan banyak lagi…….