Koleksi
Sinar
|
Sumbangan Muslimah Kepada
Ummah
Tangan yang menghayun buaian, Bisa menggegar pelosok dunia , Digegar oleh
sebuah umat, Diasaskan oleh keluarga bahagia
Di atas merupakan serangkap lirik dari lagu nasyid yang bertajuk `Keluarga
cemerlang umat gemilang' dendangan kumpulan Syahdu. Di dalam rangkap lagu
itu, di sebut betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh kaum hawa sehingga
mampu menggoncangk dunia (Mesti ramai yang dah tahu apa yang dimaksudkan
dengan `phrase' tersebut). Siapa sangka di sebalik insan yang dianggap
lema Lihatlah contoh muslimah teladan, Sayidatina Asma' binti Abu Bakar,
seorang yang berjaya mendidik anaknya Sayidina Abdullah Ibn Zubair menjadi
seorang yang berkeperibadian tinggi dan hanya takutkan Allah SWT. Kita
lihat pula peranan yang dimainkan oleh Sayidatina Fatimah Az-Zahra, puteri
Rasulullah yang mempunyai peribadi yang unggul hasil asuhan dan didikan
ibunya, Ummul Mukminin Sayidatina Khadijah binti Khuwailid. Contoh-contoh
di atas telah memperlihatkan dengan jelasnya sumbangan muslimah. Walau
bagaimanapun ianya tidak hanya terhad di dalam rumahtangga sahaja. Hendaklah
kita sentiasa ingat bahawa tugas amar ma'ruf nahi munkar juga merupakan
antara kewajipan setiap manusia. Ini telah dijelaskan oleh Allah dengan
sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran, "Dan orang-orang yang beriman lelaki
dan perempuan sebahagian dari mereka (adalah) menjadi penolong kepada sebahagian
yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang ma'ruf, mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat dan mereka taat kepada Allah SWT dan RasulNya, mereka
itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi
Bijaksana. (At-Taubah:71) Begitu ramai yang beranggapan bahawa tugas berdakwah
ini sebagai tugas orang-orang yang tertentu sahaja seperti ustaz-ustaz
dan ulama', padahal semua manusia ialah seorang daei'/daei'ah. Marilah
kita menteladani wanita-wanita solehah yang menyumbangkan bakti dalam menegakkan
Islam. Seperti kata-kata Sayidatina Asma' Abu Bakar, "Bagiku tidak ada
masalah untuk mengotorkan kaki dengan debu-debu, demi perjuangan fi sabilillah".
Gelanggang muslimah bukan hanya bertumpu di rumah tetapi turut merangkumi
tugas menaikkan kalimah Allah di muka bumi ini. Jangan disebabkan oleh
kesibukan dengan keluarga, ditinggalkan pula tugas ini. Puteri Sayidina
Abu Bakar As-Siddiq ini telahpun membuktikan bahawa muslimah perlu dan
mampu turut sama berganding bahu dengan para muslimin dalam menjalankan
da'wah. Di kala dunia digegarkan dengan gerakan Ikhwanul Muslimun di Mesir
yang amat aktif memperjungkan Islam pada awal tahun 1920-an, kaum muslimat
juga tidak ketinggalan memikul tanggungjawab tersebut apabila Zainab Al-Ghazali,
ketua yang menerajui gerakan muslimat memberikan baia'h (oath) kepada As-Syahid
Imam Hassan Al-Banna, presiden Ikhwanul Muslimun. Mereka turut sama merasai
kesusahan dan kekejaman rejim Mesir yang begitu `aktif' memburu dan membunuh
para ikhwan. Pengalaman yang dirasai oleh Zainab Al-Ghazaliadalah pengalama
muslimah sejati bukan pendokong Women's Lib atau persatuan wanita yang
tidak tunduk kepada garis-garis syara', bukan juga Miss World atau Ratu
Cantik yang memperagakan keindahan tubuhnya tetapi mereka adalah wanita
Islam yang mengadakan isi Bai'a Annisa' iaitu perjanjian wanita dengan
Rasulullah seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT; Hai Nabi,
apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan
janji setia, bahawa mereka tidak akan mersekutukan sesuatupun dengan Allah,
tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya
,tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan da kaki
mereka dan tidak akan menderhakakan dalam sesuatu urusan yang baik, maka
terimalah janji setia mereka dan mohonlah keampunan Allah untuk mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [ Al-Mumtahinah:12]
Tidak perlulah kita mengagungkan atau mengikut fahaman gerakan Women's
Lib yang kononnya ingin memperjuangkan persamaan hak antara lelaki dengan
perempuan seperti yang telah ditunjukkan oleh kumpulan yang menggelarkan
diri mereka Sisters In Islam di Malaysia. Kumpulan sebegini bukan sahaja
berpotensi merosakkan aqidah kaum muslimah, malah dengan lantang sekali
menafsir Al-Quran mengikut kehendak mereka. Sila lihat Berita Harian yang
bertarikh 5 Ogos 1997 yang memuatkan komen mereka mengenai isu aurat wanita.
Terlalu banyak sumbangan yang boleh diberikan oleh muslimah dalam menjamin
kekuatan ummah. Seperti kata Hukama', Wanita adalah ibarat tiang negara,
apabila sejahtera wanita, maka sejahteralah negara dan apabila rosaknya
wanita maka akan pincanglah negara Oleh itu, marilah kita bersama-sama
turut berganding bahu, berjuang bersama-sama dalam menegakkan sebuah keluarga,
masyarakat negara dan ummah yang cemerlang.
|