Make your own free website on Tripod.com

Sinar OnLine
Edisi : 3

FIQH 

 
 
Koleksi Sinar
    KEPENTINGAN SOLAT  
Bismillahirrahmaanirrahiim… "Hai manusia, apakah yang memperdayakanmu terhadap tuhanmu yang pemurah? Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang." (surah Al-Infithar:6-7) Di dalam ayat di atas Allah mengajukan persoalan kepada manusia, mengapakah mereka ini sering melupakan tuhannya sedangkan tuhannyalah yang telah menjadikannya dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan. Tuhan yang telah memberikan segala keperluan kepada manusia untuk keselesaan manusia di muka bumi ini. Rasulullah sallallahualaihi wasallam telah diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan mesej kepada manusia agar menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Tidak ada satu penyembahan yang lebih utama daripada SOLAT kerana itulah tunggak kepada Islam itu sendiri. Tanpa solat, runtuhlah agama. Tanpa solat, tiadalah agama. Islam amat menitik beratkan setiap penganutnya agar menunaikan solat dan barangsiapa yang engkar dengan perintah ini, maka termasuklah ia dalam golongan orang yang terkeluar dari Islam. Kalau ditinjau dari segi sejarah, cara Allah ingin mewajibkan perintah solat ini adalah amat unik. Peristiwa itu berlaku semasa isra' mi'raj di mana rasulullah sallallahualaihiwasallam telah di jemput oleh Allah ke langit untuk menerima perintah tersebut. Ini berlainan sekali dengan perintah-perintah Allah yang lain yang mana hanya di turunkan wahyu melalui malaikat Jibril. Di dalam Al Quran ada menceritakan akan perintah wajib solat sepertimana terjemahan ayat dibawah. "Peliharalah semua solat dan solat pertengahan dan berdirilah kerana Allah serta mentaatinya." (Al Baqarah 238) Dalam AlQuran, Allah subhanahu Wataala telah mentaeru manusia supaya mendirikan solat. Allah bukannya menyeru manusia supaya bersolat tetapi mendirikan atau menunaikan solat. Ini membawa maksud bahawa seseorang yang mendirikan solat itu akan merealisasikan apa-apa pengajaran yang ada pada solat itu di dalam keseluruhan kehidupannya. Contohnya jika dalam solat, kita sentiasa mengingati Allah, maka sepatutnyalah diluar solat juga kita mesti sentiasa mengingati Allah. Jadi, sekiranya semua orang Islam mendirikan solat, maka nescaya hidup kita akan sempurna kerana kita telah merealisasikan solat dalam kehidupan kita. Rasulullah sallallahualaihi wasallam ada bersabda bahawa perkara yang mula-mula sekali di di hisab di hari akhirat ini adalah solat. Jika baik solatnya, maka semuaperkara baiknya akan diterima dan sesiapa sahaja yang buruk solatnya, maka semua perbuatannya dikira buruk. Daripada apa yang rasulullah sallallahualaihi wasallam katakan, solat ini merupakan penyuci segala dosa-dosa kita . Tetapi apa yang 
lebih utama ialah dengan solat, kita akan dapat mengingati Allah dan itulah keutamaan yang amat besar sekali dari solat ini.. Tidak ada satu alasan pun yang boleh dikemukakan olaeh setiap muslim untuk melewat-lewatkan solat apatah lagi meninggalkannya. Samaada kita sedang bekerja atau sedang dalam musafir, atau sedang bersukan, atau sedang mengulangkaji pelajaran ataupun sebagainya. Walaupun kita tidak dapat menemukan air untuk bersuci, maka kita dibolehkan untuk bertayammum tetapi tidak sekali-kali meninggalkan solat. Sehinggakan dalam permusafiran ataupun didalam peperangan pun kita diwajibkan menunaikan solat. Perkara ini terkecuali kepada perempuan yang didalam haidh atau selepas melahirkan anak. Solat adalah amat penting sehinggakan nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam ketika hampir kewafatannya, baginda menyebut As-Solah..As-Solah beberapa kali mengingatkan akan umatnya agar jangan sesekali meninggalkan solat.Ada banyak juga hadis nabi yang menerangkan akan sesiapa yang meninggalkan solat ini adalah dikatakan sebagai kafir (hadis riwayat Ahmad dan Muslim). Sabda nabi sallallahualaihi wasallam, "Perjanjian antara kami dan mereka adalah menunaikan solah, maka sesiapa yang tidak menunaikan solah,maka dia adalah termasuk orang yang kafir.