Make your own free website on Tripod.com

..........................................................................................................
e   d   i   s   i    1   5

SALAM
Editor's Column

FOKUS
Yaumul Akhirah

AQIDAH
Beriman Kepada Hari Akhirat

TAZKIRAH
Takutlah Kat Malaikat Maut Tu

IBADAH
Sudah Cukupkah Bagiku?

AKHLAK
Seketika Bersama Kak Long

SIRAH
Kisah Nadhlah bin Mu'awiyah dengan Zarnab bin Bar'ala

MUSLIMAH
Isteri Solehah

USRAH
Usrah's Corner

TINTA SAHABAT
Surat Dari Pembaca : Suara Yang Di Dengar Mayat
Object Of Despair
Life and Death

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

akhlak                                                                .
.............................................................................................................................................
Seketika Bersama Kak Long :
Kehidupan Tidak Berakhir Dengan Kematian

     “Kalau abang tak sayangkan Mah lagi, biarlah Mah mati aje,”…kata isteri kepada suami dengan nada mengada-ngada. 

     Phrase biasa yang keluar dari mulut sesetengah isteri bila merajuk dengan suaminya. Aikkk??? Begitu mudah manusia nih mengungkapkan kematian. Hey, minah!! Dah cukup ke amalan tuh.? Tambahan plak orang pompuan ni le yang ramai dalam neraka tu. Oppss.. ni bukan K.Long yang cakap.. ini cerita betul ni… 

     Masa peristiwa Isra’ Mikraj…antara peristiwa terpenting yang terjadi kat Rasulullah di mana baginda telah dipertontonkan dengan gambaran balasan di akhirat nanti. Guess what?? Baginda nampak kebanyakan ahli neraka tu orang pompuan.. K.Long ulang sekali lagi.. orang pompuan.. Ya Allah.. naik bulu roma K.Long. Kenapa le agaknya orang pompuan yang banyak kat sana??.. Hai.. orang pompuan ni….senang nak masuk syurga.. boleh pilih lagi.. tapi senang jugak nak masuk neraka.. kenapa yek??? Meh kita tengok sket, apa yang Rasulullah nampak masa kat Sidratul Muntaha tu… 

  1. Perempuan yang digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak sebagai pembalasan bagi perempuan yang tidak menutup auratanya daripda orang yang bukan muhrimnya. 

  2.  
  3. Perempuan yang digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan qithran (timah cair yang panas) di curah ke dalam tekaknya sebagai pembalasan bagi perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. 

  4.  
  5. Perempuan yang bergantung kedua akinya dengan diikat ke ubun-ubun, disuakan ular dan kala sebagai pembalasan bagi perempuan yang boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan tidak  mahu mandi junub (hadas besar). 

  6.  
  7. Perempuan yang makan badannya sendiri, dibawahnya dinyalakan api neraka sebagap balasan bagi perempuan yang berhias bukan untuk suaminya tetapi untuk orang lain dan suka mengumpat. 

  8.  
  9. Perempuan yang digantung payudaranya sebagai balasan bagi perempuan yang menyusukan anaknya tanpa izin suaminya. 

  10.  
  11. Perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seprti khimar, beribu-ribu kesengsaraan yang dihadapinya sebagai pembalasan bagi perempuan yang ahli pengumpat dan pendusta. 

  12.  
  13. Perempuan yang seperti anjing. Kala dan ular  masuk ke dalam kemaluannya atau mulutnya. Malaikat memukulnya dengan curahan api neraka sebagai balasan bagi perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.


Itulah brothers and sisters antara peristiwa yang disaksikan kepada Rasulullah. Rasulullah bersabda, 

     “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah golongan miskin dan orang-orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab”

Rasulullah ditanya siapa yang ramai sekali kat dalam neraka dan kenapa? Jawabnya, 

     “Perempuan yang mengkufurkan suaminya dan mengkufurkannya ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepada seberapa banyak pun dia masih tidak merasai puas hati dan cukup.”

Riwayat Bukhari 


     Eventhough banyak dosa yang pompuan buat yang digambarkan kat atas tu berkait ngan suami and mungkin ramai yang rasa tak relevan.. tapi at least kita dapat le sikit-sikit panduan cam ne nak jadi wanita solehah tu. Jangan ler pulak nanti bila esok nak kawin.. hari ni baru terhegeh-hegeh nak bukak buku… hehehe… 

     Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan kekal di atas jalannya ,InsyaAllah. Harapnya peringatan ini bermanfaat kepada K.Long dan semue. Wallahu’alam 

 K.LONG