Make your own free website on Tripod.com

e  .  d  .  i  .  s  .  i        1  .  4
feqah

SALAM
Salam Dari Editor

FOKUS
Cinta Antara Lelaki dan Perempuan

SIRAH
Kerana Cinta

AQIDAH
Hubungan Iman Dengan Cinta

FEQAH
Nama Cahaya Mata; Potret Kasih Ibu dan Bapa

USRAH
Usrah's Corner

TINTA SAHABAT
Terkejut dan Mengejut
You Taught Me Love
Doa
Butterflies and White Doves

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

Nama Cahaya Mata; Potret Kasih Sayang Ibu dan Bapa

     Islam sangat memberi perhatian dalam persoalan memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan. HR Abu Daud dari Abi Darda' (maksud) : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : Kamu sekelian di hari Kiamat akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu. Dalam hadis lain: HR Muslim dari Ibn Umar r.a. (maksud) Telah bersabda baginda s.a.w. : Sebaik-baik nama kamu disisi Allah ialah Abdullah dan Abd Rahman.

     Apakah nama-nama itu memberi kesan baik psikologi dan kerohanian kepada si anak? Ramai ulamak salaf (dulu) dan khalaf berpendapat: Ya, ia memberi kesan kepada kerohanian dan psikologi seseorang kanak-kanak. Syaikh Nasih Ulwan dalam kitabnya yang masyhur; Tarbiatul Awlad menjelaskan dengan panjang lebar.  

     Kata beliau, nama-nama yang buruk akan merendahkan kehormatan si anak, menjadi bahan ketawa, ejekan dan sungutan masyarakat dan akan memberi kesan psikologi yang berat kepada si anak apabila ia dewasa kelak.  

     Begitu juga memberi nama yang bermaksud sial boleh menyebabkan si anak akan betul-betul mendapat kesialan sepertimana nama itu : Kita datangkan dua dalil yang kuat:  

Pertama: HR Bukhari (al jami' as Sahih) dari Sa'id bin Musaiyyib berkata : saya menerima daripada ayah 
saya daripada datuk saya : Apabila saya dibawa ke depan nabi s.a.w., baginda s.a.w. bertanya saya Siapa namamu? Jawabku : Hazan (dukacita). Bersabda Nabi : Engkau adalah Sahel (mudah). Saya berkata kepada baginda : Saya tidak akan mengubah nama yang telah diberi oleh bapaku. Kemudian sampai sekarang perasaan hazan (dukacita) itu sentiasa mewarnai hidupku.  

Kedua: Dalam kitab al Muwatta' (Imam Malik) mar alKhattab berkata kepada seseorang lelaki, siapa 
namamu? Katanya : Jamrah (bara api). Kata Umar : Bin siapa? Jawabnya :  Syihab (anak api). Sambung 
Umar : Dari kaum mana? Jawabnya : Kaum al Harqah (kebakaran). Umar berkata : Segera kembali kepada kaum engkau, mereka sedang dilanda kebakaran.  

     Syaikh Qardhawi dalam Fatawa Mu'asirat juga menasihati kita jangan menamai dengan nama-nama yang dipandang buruk oleh ramai; atau yang tidak disukai oleh si anak bila besar kelak atau nama-nama yang membawa sial dan membawa sikap negatif dan pesimis; atau tercela maknanya; atau menamainya selepas tokoh penjahat atau orang yang terkenal dengan sifat buruk dan jahat akhlaqnya. Dalilnya banyak di mana biasa Nabi s.a.w. biasa menukar nama-nama yang jelik itu dan menamakan semula dengan nama-nama yang baik.  

     Seterusnya Syaikh Ulwan menjelaskan adalah juga ditegah menamakan seseorang bayi dengan nama-nama yang mirip kepada orang kafir seperti Susan, Cathy, Corie, dan sebagainya. Ini ialah untuk 
menjaga keperibadian umat Islam yang unik dan tersendiri, membina peribadi yang misali dan memimpin manusia kepada cahaya kebenaran. Kata beliau lagi, nama ialah satu harapan, satu doa dan, tidaklah panggilan yang paling indah bagi seseorang, melainkan kalimah namanya.