Make your own free website on Tripod.com
 
_______________________
e    d    i    s    i         1   3
REFLEKSI DIRI
  It's a material world
  Ngomel Kak Kiah
S A L A M   D A R I   E D I T O R
F O K U S
F I Q H
S U D U T    B A H A S A
T I N T A    S A H A B A T
K O L E K S I    S I N A R

Ngomel Kak Kiah
 
Bila Izrail dating memanggil, jasad terbujur di pembaringan^

        Amacam.kalaulah kita tengah duduk sorang2, maunya ketar kepala lutut, lagi dahsyat kalau yang terasa salur separuh bulat kat dalam telinga dia kecut. Yelah, bila malaikat dah ada depan mata nak cabut nyawa, sempat ke kita nak ajukan soalan menguji minda kat dia seperti “Boleh tak kau datang besok pagi lepas Subuh ? Boleh tak bagi aku peluang utk hidup, seminggu pun jadilah, nak tobat dulu? atau “Janganlah cabut nyawa aku, anak aku ramai, bini aku ramai, atau Janganlah kau bawa aku pergi kerana sesungguhnya niatku suci untuk bertaubat daripada dosa2 yang lalu. Aku insaf sekarang..”

        Dah terngantuk, baru tengadah. Ajal, maut tu ditangan Allah s.w.t. Malaikat tu taat pada Allah, bukan macam manusia ni. Allah kata pi cabut nyawa manusia, dia pi tanpa banyak soal. Masa hidup cukup syok ye. Hang pi sana, pi sini, joli sana, joli sini. Solat tidak, tutup aurat tidak, zakat tidak. Kalau tidak kerana rahmat Allah, belum tentu kau tu hidup lagi tau. Kalaulah nak tunggu ready baru nak buat, Allahhuakbar….sampai bila pun tak jadi, neva (never). Cuba hangpa semua bayangkan, kalaulah kita cakap, “Aku Selasa depan nak ubah diri aku ni, serabai je ni. Aku nak start solat, tutup aurat. Niat dah suci murni dah ni.” Tup-tup Izrail datang. “Wahai manusia, sampai di sini sahajalah perjalananmu di dunia ni. Aku nak bawak kau pi jalan tempat lain.” APO NAK DIKATO? Tak dapek nak nolong.

        Nauzubillah, janganlah kita leka dengan hasutan dunia ni. Takde pekdahnya mengengkari suruhan Allah. Hampa dok pi supermarket beli butter, 99% fat FREE, pi sale buy one get one FREE, segala-galanya nak free tapi janganlah sampai DOSA pun nak yang FREE. Takde manfaat langsung. Bagi yang rasa dia boleh hidup lama lagi tu, sedarlah, kita tak tau apa akan jadi dalam masa sesaaat dua ni. Mana tahu tengah seronok2 makan buah limau, tiba2 Innalillah. Alasannya doktor tak dapat cari, last2 dia kata post mortem menunjukkan mangsa mati kerana tercekik bijik limau. Tak logic ? Jangan cakap. Ajal tu kalau dah sampai, bila2 je. Malaikat takkan kata, “Tunggu kejaplah, biar dia gosok gigi dulu”. Takdenya.

        Ada hamba Allah menangis di tikar sembahyang mengenangkan dosanya setiap hari, ada hamba Allah yang lain, dia ni lain macam sikit. Dia kata, “Esok masih ada untukku.” Confident beno dia akan hidup lagi esok hari. Dia fikir kita ni macam traffic light kot. Lahir je, lampu ON. Tengah muda-mudi tu joli sana-sini, lampu warna hijau. Bila umur dah meningkat dekat 50, lampu tukar warna oren. Sampai umur ni barulah dok beramal, takut sat lagi lampu warna MERAH, jantung STOP. Namun hakikatnya, hidup kita ni unpredictable (terror kak Kiah cakap omputih). Ada yang mati masa tidur, sewaktu lahir, ada jugak yang mati masa nak pi mengundi, tuan-puan sekalian (cakap bior terang). Mati boleh jadi bila2, siapalah kita untuk tentukan tarikh kita mati, itu hak mutlak Allah.

        Mati, perkataan mati ni kalau dengar pun dah ngeri. Tengok ayam kena sembelih, menggelepar, pun ngeri jugak. Kesian ayam ni. Tengok katak leper je atas jalan, “Kesian mati katak si dia ni, takde waris.” Tulah kita tak nak ambik iktibar. Cuba bayangkan kita macam tuh, Wanauzubillah himin dzalik. Tak sempat nak buat persediaan sebelum mati ( persediaan seperti kain kapan, kapur barus, sugi etc. tak masuk syllabus jawapan ye). Sebab tulah kita kena sentiasa berdoa pada Allah minta dimatikan di dalam IMAN, mati secara sempurna, sempat mengucap, sempa jumpa orang2 yang disayangi kalau boleh, apa2lah. Tapi yang penting mati dalam IMAN. InsyaAllah.

        Okeylah, dah penat kak Kiah bercakap. Kak Kiah mintak pada Allah moga2 Allah bukakkan pintu hati kak Kiah, mak bapak, adik-beradik, sedara-sedari sekalian, muslimin-muslimat unutk bertaubat dan mati dalam IMAN. Sebelum Kak Kiah stop, ni nak mintak maaf, macam biasalah takut2 menggores perasaan sesapa. Dosa sesama manusia ni susah nak settle. Maaflah ye. Yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dating dari kelemahan kak Kiah sendiri.