Make your own free website on Tripod.com

_______________________
e    d    i    s    i         1   2
tinta sahabat

FOKUS
Mengapa Allah turunkan bencana?
Dalam Al-Hijr ada pesanan
15 sebab turunnya bencana

FIQH
Solat sunat antara Maghrib dan Isya'
Perkahwinan di dalam Islam
Nikah dengan wanita hamil yang berzina

AKIDAH
Rahsia di sebalik solat dan puasa
Solat yang sia-sia

REFLEKSI DIRI
Apsal takut pegi usrah?
Am I in love?

AKHLAK
Pahala membantu tetangga & anak yatim
Riak

TINTA SAHABAT
Hari ini Abang menangis
Jika kau benar-benar cintakan Tuhanmu
Untukmu Muslimah

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

Jika kau benar-benar cintakan Tuhanmu
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Sahabat sekalian,
Ini sekadar nasihat santapan hati,
Agar kita ingat-mengingati,
Sesama Muslim tanggungjawab ini disoal nanti,
'Katakanlah Yang Benar Sekalipun Ianya Pahit',
Insaflah wahai insan.........................

Aurat itu perlu dilindungi, itu perintah Allah,
Tiada beban, malah banyak faedahnya,
Bukannya susah sahabatku,
Malah wujud rasa redha dan takwa dalam diri,
Bukan sekadar menutupi diri ,
Juga menjauhkan kita dari maksiat dan dosa,
Mengapa dipersoalkan kesediaan diri,
Bagaimana jika kita ditakdirkan mati esok hari,
Masihkah berpeluang mengatakan belum bersedia ?
Tiada apa yang sukar di dalam Islam agama suci,
Islam itu mudah, selagi kita percaya,
Lailahaillallah...Muhammadarrasulullah

'Skirt' pendek itukah yang kau pilih ?
Pilihlah 'skirt' labuh, kan lebih cukup kainnya,
Baju 'hanging' itukah yang kau idamkan ?
Apa kata kita pula di 'hanging' di dalam api neraka,
Nauzubillahhi min dzalik...
T-shirt ketat tersalut di tubuh ( cekup adik punya agaknya),
Tak ubah salutan pada buah nagka,
Apa yang ingin kau paparkan ?
Tubuhmu ???? setelah melalui 'Weight Lost Programme' ????
Kami juga punyainya ( reserve untuk yang berhak),
Tiada hasad dengki , nasihat cuma

Bibirmu merah mekar,
Sekali pandang Cindy Crawford,
Kedua ketiga Cindy Kerepot pula,
Pipimu merah menawan,
Keliling matamu berwarna-warni disko,
Revlon ? Maybelline ? Atau mungkin  alat kosmetik Ibu Mooryati,
Bulu matamu lentik kepalsuan,
Tidakkah kau tahu syaitan seronok bergayutan bagai tarzan,
Tidakkah kau tahu itu semua najis belaka,
Cantik dilihat, namun menambahkan beban dosa,
Itukah yang kau mahu ????
Hentikanlah wahai sahbatku...
 

Jambulmu  sungguh mengkagumkan, kalah jambul A. Mamood,
Sorokkanlah di dalam kerudungmu,
Kerana penempatan mahkotamu itu berpusat di dalam kerudung,
Bukannya secara berselerak di luar sempadan,
Wahai sahabat, apa yang telah terjadi,
Dulu dilindungi, kini terdedah,
Bukan sahaja kepada bukan mahram,
Tapi jua pada debu-debu kota, asap, plumbum,
dan macam-macam kotoran lagi,
Syampu keratin, 2 dalam 1, Herbal Essence tak dapek nak nolong,
Bila rambutmu digantung di dalam api neraka

Wahai sahabat,
Perubahan musim takkan  dapat mengubah warna rambutmu,
Walaupun dedaun begitu,
Bayangkan di musim luruh,
Mungkinkah semua rambutmu luruh ?
Dulu hitam, kini 'blonde', kalau ye pun teringin,
Carilah yang halal,
Tapi sahabat, kau pakai jua................
Bagaimana wudhukmu ?.....
Bagaimana mandi hadasmu ?............
Kembalilah ke pangkal jalan,
Masih belum terlewat.
Tu seluar pendek tu bang,
36 dollar 99 sen tu,
Tak kena tu bang oiii,
Dah tu pulak, pilih pulak yang koyak rabak,
'Grunge' lah tu konon,
Tempurung kelapa pun terlindung dek sabut kelapa,
Tempurung lutut tu buatpe nye terkeluar ?????
Tau dek tempurung kelapa malu besar kite...
Seluar panjang pun baru 28 dollar,
Jimat duit, kain pun berlebih,
Insaflah saudaraku seIslam,
Allah sentiasa menerima taubatmu

Sahabatku, saudaraku,
Maafkanlah aku jika melampaui batas,
Tapi jangan berselindung untuk menegur kemungkaran,
Jangan menempah tiket bersama-sama ke neraka jahannam,
Kembalilah ke jalan Allah, amal makruf nahi mungkar,
InsyaAllah syurga dijanjikan buat kita dengan rahmatNya.
Moga ada manfaatnya.
Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

SadaqalLah-hul 'Adzim