Make your own free website on Tripod.com

_______________________
e    d    i    s    i         1   2
tinta sahabat

FOKUS
Mengapa Allah turunkan bencana?
Dalam Al-Hijr ada pesanan
15 sebab turunnya bencana

FIQH
Solat sunat antara Maghrib dan Isya'
Perkahwinan di dalam Islam
Nikah dengan wanita hamil yang berzina

AKIDAH
Rahsia di sebalik solat dan puasa
Solat yang sia-sia

REFLEKSI DIRI
Apsal takut pegi usrah?
Am I in love?

AKHLAK
Pahala membantu tetangga & anak yatim
Riak

TINTA SAHABAT
Hari ini Abang menangis
Jika kau benar-benar cintakan Tuhanmu
Untukmu Muslimah

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

Hari ini abang menangis

Ye..ye..Adik happy hari nih. Kejap lagi abang akan sampai. Telah 5 tahun abang belajar di oversea. Rindu betul adik pada abang. Adik ingat lagi..masa tuh adik baru 10 tahun. Abang cakap abang nak pergi jauh. Adik menangis nak ikut. Malam sebelum berangkat, adik sorokkan dompet abang. Biar abang takde duit..biar abang tak jadi pergi. Bila abang dapat tahu..abang slow talk ngan adik..

“Dik Na..abang pergi jauh untuk belajar. Lepas habis belajar, insya Allah abang balik semula ke sini. Nanti abang belikan teddy bear untuk Dik Na ye. Dik Na nak tak?” pujuk abang lembut. Adik tersenyum lebar.

“O.k..sekarang, bagi balik dompet abang!”

Adik mencebik. Dompet abang yang disorok di belakang TV adik ambil lalu diserahkan semula kepada abang. Lembut pipi adik abang cium. Sedih rasanya nak berpisah dengan abang.

Adik tahu. Abang pergi jauh sebab abang merajuk dengan abah. Adik pun hairan. Kenapa abang tak suka Acik Su..sedangkan Acik Su dulu kawan abang. Adik seronok betul bila abah bawa balik Acik Su. Dia baik. Selalu layan adik. Adik dapat rasa kasih-sayang seorang ummi. Adik rasa bersyukur..walau adik takde ibu, Tuhan kasik Acik Su pada adik. Adik harap suatu hari nanti abang dapat terima Acik Su sebagai ummi.

Teringat pula adik pada junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Baginda anak yatim piatu. Sure susahkan membesar tanpa ibu dan ayah, kemudian kena berdakwah menyebarkan Islam. Walaupun tanpa orang yang dikasihi, baginda tetap berjuang dengan kental. Tabah menghadapi segala ujian. Kagum betul adik pada idola adik tuh.

Tok! Tok! Tok!

Pintu dikuak. Wajah yang adik rindui telah tiba. Adik tersenyum lebar. Rasa tak sabar nak mendakap abang tercinta. Abang turut tersenyum. Di tangannya ada teddy bear berwarna cokelat lalu diletakkan di sebelah adik.

“Dik Na..Dik Na apa khabar?”

Adik senyum. Senyum adik memang tidak berhenti dari tadi. Sebab adik rasa happy sangat. Macam tak caya je abang kini berada di depan mata. Eh..siapa perempuan di sebelah abang nih?

“Ini Kak Ita…isteri abang”, abang seakan-akan mengerti persoalan yang bermain difikiran adik.

Senyum adik semakin lebar. Abang..abang..tak sangka ye..Pergi seorang, balik berdua! Adik perhati wajah Kak Ita. Lembut..menyejukkan mata. Cantik dengan tudung biru lembutnya. Kak Ita..jagalah abang baik-baik. Adik hanya boleh mendoakan kebahagiaan kalian berdua.

Adik senyum lagi. Kali ini adik pandang wajah ummi dan abah. Ternampak garis-garis keresahan di wajah mereka. Kasihan adik lihat mereka. Bersekang mata menjaga adik sejak kecil lagi. Macam manalah adik nak balas jasa mereka. Adik minta pada Allah tiap-tiap hari…Kasihilah ummi dan abah sebagaimana mereka mengasihi adik sejak kecil..

Adik pandang wajah abang. Tangan adik dan tangannya bersatu. Digenggam erat. Abang senyum memberi semangat. Adik tahu abang menahan sebak. Airmatanya bergenang. Adik tak pernah lihat abang menangis sebelum ini. Adik tahu hati abang keras. Jadi adik tak mahu abang menangis sebab adik. Adik gelengkan kepala perlahan-lahan. Adik harap abang faham.

Adik dapat rasa masanya semakin dekat. Kini..Malaikat Izrail pula megetuk pintu. Adik mahu menyambutnya dengan senyuman. Sikit demi sikit..adik mula rasa kesakitan sakratul maut. Adik cuba ingat Allah banyak-banyak. Adik tahu..orang-orang yang menyayangi adik semuanya berada dikeliling adik. Mereka pasti mendoakan agar adik pergi dengan tenang. Hari ini adik lihat abang menangis. Menangis melihat adiknya yang dalam kesakitan maut.

Namun adik tetap tersenyum. Biarlah adik pergi ke alam yang kekal dengan senyuman. Senyum untuk bertemu Tuhannya..

Yang hidup akan mati..tiada yang abadi…
“Innalillahi wainnailaihi raji’un..”