Make your own free website on Tripod.com

_______________________
e    d    i    s    i         1   2
Akhlak

FOKUS
Mengapa Allah turunkan bencana?
Dalam Al-Hijr ada pesanan
15 sebab turunnya bencana

FIQH
Solat sunat antara Maghrib dan Isya'
Perkahwinan di dalam Islam
Nikah dengan wanita hamil yang berzina

AKIDAH
Rahsia di sebalik solat dan puasa
Solat yang sia-sia

REFLEKSI DIRI
Apsal takut pegi usrah?
Am I in love?

AKHLAK
Pahala membantu tetangga & anak yatim
Riak

TINTA SAHABAT
Hari ini Abang menangis
Jika kau benar-benar cintakan Tuhanmu
Untukmu Muslimah

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

Pahala membantu tetangga dan anak yatim

        Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi rnelihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?" Jawab yang lain, "Enam ratus ribu." 

        Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima?" Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffag, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.

        Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik rnencari 
orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera bertanya namanya. Jawab orang itu, "Muwaffaq." Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai dariat yang sedemikian itu?"

        Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi rnendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada 
tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dgn menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

        Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak- anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari 
makanan untuk mereka. T'iba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal baqi kami dan haram untuk makanan kamu."

        Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan ku serahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

        "Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." kata Muwaffaq lagi. Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim. 

        Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan rnasuk syurga." Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" 

        Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sehenarnya jahat."