Make your own free website on Tripod.com

------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  1
s u a r a   m u s l i m a h

Salam
  Salam Dari Editor

Fokus
  Surah Al-Qiyamah
  Sesal Dahulu Pendapatan
  Hari Kiamat

Cerpen
  Cerpen

Akhlak
  Mus'ab bin Umaer

Suara Muslimah
  Kedudukan Wanita Dalam Islam

Sirah
  Panglima Khalid Al-Walid

Renungan
  Umat Islam Jadi Rebutan
  Cinta Itu Halal Tapi...

Sajak
  Lena Diulit Mimpi

Koleksi Sinar
 

Kedudukan Wanita Dalam Islam

     Salah faham mengenai kedudukan wanita dalam Islam memang wujud terutama dalam masyarakat Barat yang tidak tahu mengenai intipati Islam yang sebenarnya. Kepada pelajar wanita yang menutup aurat, persoalan "Why do you have to wear that thing. Don't you feel hot especially in summer?' memang sudah menjadi 'darah daging' mereka. Timbulnya masalah adalah apabila si pemakai tidak jelas mengenai konsep mengapa wanita diwajibkan menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan, sedang lelaki tidak. Maka bermulalah episod betapa 'tidak adilnya' Islam terhadap kaum wanita. Mengapa wanita mesti di'rantai' pergerakannya, mengapa lelaki bebas dan tidak perlu menutup aurat sebagaimana wanita. Sebelum persoalan ini dijawab, rasanya baiklah kita kembali kepada konsep "Dimanakah kedudukan wannita yang sebenarnya di dalam Islam"

     Islam menetapkan wanita sebagai insan ciptaan Allah s.w.t. yang amat berharga. Terlalu berharga dan bukanlah seperti barang permainan atau hiasan yang boleh dibeli dan dirundingkan harganya. Perlu diingatkan bahawa wanita mempunyai fungsi dan tugas yang amat penting yang tidak boleh diambil alih oleh kaum lelaki. Peranan keibuan ini amat penting sehingga mampu mencorak dunia. Bukankah sebuah masyarakat madani bermula di rumah? Jika tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, mengapa dikatakan tugas wanita hanyalah sebagai pemuas nafsu lelaki? Islam telah meletakkan wanita di suatu kedudukan yang amat mulia sehingga pengiktirafan terhadap wanita disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya,
 
     "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu"                 (Riwayat Imam Ahmad)

     Anggapan bahawa tugas wanita hanya terhad di rumah adalah tidak benar. Islam membenarkan wanita bergiat cergas di dalam masyarakat tetapi mestilah di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syariat. Ini adalah penting untuk menjaga kemuliaan dan kehormatan kaum wanita itu sendiri dan pada masa yang sama dapt menyelamatkan kaum lelaki dari fitnah godaan. Jika Islam tidak membenarkan wanita keluar bekerja, siapakah yang akan mengambil tugas sebagai seoorang pendidik dan juga yang bekerja di hospital? Tugasan yang berhukumkan fardhu kifayah ini memerlukan wanita. Jadi, di manakah ketidakadilan Islam itu? 'Women's Liberation' yang digerakkan oleh wanita di Barat kononnya ingin menegakkan kesamaan hak antara lelaki dan perempuan, padahal Islam telahpun mengakui dan memberikan hak dan keistimewaan kepada kaum wanita. Lebih awal dari yang digahkan oleh mereka.
 
     Kedatangan Islam sememangnya memberikan rahmat kepada seluruh alam. Wanita pernah diniagakan dan dianggap barang mainan ayng boleh di tolak ke tengah dan ke tepi sebelum kedatangan Islam. Peradaban Rom menganggap wanita adalah hamba yang mesti tunduk kepada kemahuan lelaki, tamadun India kuno menegaskan bahawa wabak penyakit dan mati adalah lebih baik dari wanita, malah tamadun Greek yang begitu diagung-agungkan turut menganggap wanita sebagai kotoran hasil perbuatan syaitan. Hanya Islam yang menaikan martabat kaum wanita.
 
     "Sesungguhnya lelaki dan wanita yang Muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan wanita yang benar, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereak keampuana dan pahala yang besar."

(Al-Ahzab: 35)
 
     Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Hak dan tanggungjawab wanita jelas disebutkan di dalam Al-Quran dan As-sunnah. Menuntut ilmu, pembahagian harta dan mengeluarkan pendapat di dalam masyarakat adalah dibenarkan oleh syarak.
 
     "Bagi lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, danbagi wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, sama ada sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan."
(An-Nisa': 7)