Make your own free website on Tripod.com

------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  0
kisah & teladan

Salam Editor

Fokus
  Apa itu Qada' & Qadha
  Analogi Pertama
  Analogi Kedua
  Analogi Ketiga
  Beriman Kepada Qadha'
  & Qadar

Nasihat Buat Jiwa

Kegiatan Semasa
  Seven Princess 1 Knight

Kisah Dan Teladan
  Mimpi Anas Malik r.a
  Ikhlas Dalam Beribadah

Puisi
  Ditakdirkan Aku Di Sini

Renungan

Koleksi Sinar
 

Ikhlas Dalam Beribadah
  • KISAH SATU
Diterangkan di dalam kitab Ehyaaul-ulum bahawa ada seorang Abid dikalangan bani Israel yang sentiasa sibuk dengan ibadat. Pada suatu hari datanglah satu rombongan menyampaikan perihal sebuah kaum yang menyembah pohon kayu. 

Mendengar berita itu, Abid lantas marah semarah-marahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan keluar untuk menebang pokok tersebut. Dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan syaitan yang telah menyamarkan dirinya sebagai seorang tua. Syaitan pun bertanya,
 
S Engkau hendak ke mana?
A Aku hendak pergi menebang pokok yang disembah orang
S Kenapa engkau hendak menebang pokok itu. Engkau tinggalkan ibadat engkau hanya kerana satu perbuatan yang sia-sia
A Ini juga merupakan satu ibadat
S Tidak sekali-kali aku akan membenarkan engkau menebang pokok itu

Akhirnya, satu perkelahian yang hebat pun berlaku di antara Abid dan syaitan. Abid telah berjaya mengalahkan syaitan lalu ia duduk di atas dada syaitan itu. Menyedari akan kekalahannya itu, syaitan pun cuba menggoda Abid, 
 
S

 

Dengarlah kata-kataku. Perkara menebang pokok itu bukanlah Allah wajibkan ke atasmu. Pokok itu pun tidak mengganggu amal ibadat kamu dan kamu pun bukannya menyembah pokok itu. Tuhan telah mengutuskan para AnbiyaNya. Jika ia mengkehendaki, pasti Dia akan memerintahkan Nabi-nabi menebang pokok itu
A Aku tak peduli. Aku mesti menebang pokok itu. Buatlah apa pun yang engkau suka

Lalu mereka pun berkelahi lagi. Sekali lagi Abid berjaya mengalahkan syaitan. Lalu syaitan pun berkata,
 
S
 
 
 
 

 

Dengarlah kata-kataku yang terakhir ini. Ia mungkin menguntungkan engkau. Engkau ini seorang miskin yang menjadi beban kepada masyarakat. Kau biarkanlah pokok itu dan ambil tiga dinar (wang emas) setiap hari dari bawah bantalmu. Dengan wang itu, kau akan memenuhi keperluan seharianmu, menunaikan hak keluargamu dan membantu fakir miskin. Kau boleh gunakan wang itu untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan dirimu. Jika kau tebang pokok ini, kau hanya mendapat satu pahala sahaja. Sedangkan penyembah2 pokok ini pasti akan mencari pokok lain untuk disembah

Malangnya kali ini, Abid telah terpengaruh dengan pujukan syaitan dan menerima tawaran tiga dinar itu. Dua pagi berturut-turut, Abid memperolehi 3 dinar dari bawah bantalnya, manakala pada hari ketiga, wang itu tidak pula diperolehinya.Merasakan dirinya tertipu, Abid lantas mencapai kapaknya lalu keluar untuk menebang pokok kayu itu. Dalam perjalanannya, sekali lagi Abid bersua dengan syaitan.
 
S Engkau hendak ke mana?
A Aku hendak menebang pokok itu
S Kini kau tidak berdaya untuk menebang pokok itu lagi

Lalu mereka pun berkelahi. Kali ini syaitan pula yang menang dan duduk di atas dada Abid. Abid tercengang lalu bertanya,
 
A Kenapa sekarang engkau dapat mengalahkan aku sedangkan dulu, aku telah mengalahkan engkau?
S Dahulu, engkau menang kerana engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Kini, engkau kalah kerana engkau berjuang semata-mata kerana wang

Begitulah sahabat sekalian, sesungguhnya perbuatan yang dikerjakan kerana Allah mempunyai kekuatan yang luar biasa. Sesungguhnya, keikhlasan itu sahaja yang dipandang oleh Allah Ta’ala. Semua amalan dinilai berdasarkan keikhlasan pengamalnya.


  • KISAH DUA
Di dalam kitab Bahjatul-nufus, diceritakan kisah seorang raja yang zalim lagi kejam. Pada suatu ketika, sebuah kapal yang mengandungi arak telah dihantar kepada raja itu. Tiba-tiba, muncul seorang hamba ALLAH di atas kapal itu, lantas dia memecahkan tempayan-tempayan yang berisi arak itu, hanya satu yang ditinggalkan. Di atas kapal itu, tidak ada seorang pun yang berani menegur apatah lagi menghalang perbuatan hamba Allah itu. Mereka semua amat terperanjat dengan kejadian itu. “Sungguh berani si fulan itu” kata mereka. Peristiwa itu telah disampaikan kepada raja yang zalim. Pada mulanya raja itu turut terperanjat dengan kejadian itu, lalu dia bertanya kepada si fulan itu, “Mengapa engkau berani bertindak sedemikian?” Jawab si fulan, “ Aku bertindak sedemikian kerana desakan hatiku. Jika aku bersalah, buatlah apa yang engkau suka kepadaku.” Lalu raja itu menyoal kembali, “Baik, tetapi mengapa engkau tinggalkan satu tempayan itu?” Si fulan menjawab, “Pada mulanya, aku memecahkan tempayan-tempayan itu kerana desakan keghairahan aku dalam memperjuangkan Islam. Kemudian, apabila tinggal satu sahaja lagi tempayan untuk dipecahkan, aku telah merasa gembira dan bangga bahawa aku kini telah berjaya membasmi suatu perbuatan yang sekeji itu. Kini, jika aku memecahkan tempayan yang terakhir itu, maka mungkin yang terakhir itu kupecahkan kerana kehendakku sendiri. Bukan lagi kerana Allah dan Islam. Lantaran itu aku meninggalkan tempayan yang terakhir itu.” Lantas raja itu berdiri dan berkata, “Biarkan si fulan ini pergi kerana dia dikuasai oleh kuasa yang luar biasa.”
 

Rujukan: Fazaile-Amal Himpunan Kitab-Kitab Fadilah