Make your own free website on Tripod.com

------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  0
salam dari editor

Salam Editor

Fokus
  Apa itu Qada' & Qadha
  Analogi Pertama
  Analogi Kedua
  Analogi Ketiga
  Beriman Kepada Qadha'
  & Qadar

Nasihat Buat Jiwa

Kegiatan Semasa
  Seven Princess 1 Knight

Kisah Dan Teladan
  Mimpi Anas Malik r.a
  Ikhlas Dalam Beribadah

Puisi
  Ditakdirkan Aku Di Sini

Renungan

Koleksi Sinar
 

Salam Dari Editor

Sabda Rasulullah saw: “ Akan ada di akhir zaman, satu kaum, mereka melakukan perbuatan-perbuatan kemaksiatan, kemudian mereka berkata, “ Sudah ditakdirkan Allah kami jadi begini” Orang yang menentang orang-orang itu di saat begitu, sama pahalanya dengan orang yang menghunus dan mengacungkan pedangnya fisabilillah.” Riwayat Ibnu Jabir

          Astaghfirullah-al-‘adzim...membaca potongan hadis di atas, insaf rasa hati pada segala prasangka pada yang Maha Esa selama ini. Editor rasa (berprasangka lagi), bukan Editor seorang sahaja yang pernah berprasangka sedemikian. Mereka yang kurang ilmu qada’ dan qadar pasti pernah berkongsi emosi yang serupa. Mengapa Allah menciptakan manusia sebagai khalifahnya? Mengapa kita dilahirkan sebagai kita dan tidak seperti mereka yang sempurna segalanya? Adakah hidup kita ini sudah ditakdirkan gaya permulaan dan penghabisannya? Adakah segala-galanya sudah ditentukan? Sebagai hambaNya yang lemah, apakah sebabnya kita mempersoalkan hal qadar  qada’? Ini kerana hal ini merupakan salah satu Rukun Iman;  PERCAYA KEPADA QADAR DAN QADA’ ALLAH. Hal percaya itu berkait dengan hati, dan ikut ilmu biologi, manusia, kalau tiada hati, mati. Maka, dengan kehadiran hati dalam diri manusia itulah yang menghadirkan persoalan berkaitan qadar dan qada’ Allah ini.

          Dalam Sinar kali ini, Editor ditugaskan untuk menyentuh sedikit perihal qadar dan qada’. Jadi sebagai salam silaturr-rahim kita, dengan izin Allah, bolehlah editor menyatakan, sudah ditakdirkan Allah, rakan-rakan pembaca akan membaca cetusan minda editor dalam siri Sinar kali ini. Adakah rezeki perkongsian ilmu ini sudah digariskan Allah dalam perjanjian yang editor lafazkan di Luh Mahfuz dahulu? Wallahu’alam... Hanya Dia yang lebih mengetahui..

        Berdasarkan ilmu yang baru dipelajari, qadar itu boleh ditolak dengan qadar. Bagaimana? Begini....Qadar lapar ditolak dengan qadar makan, qadar haus-qadar minum, qadar malas-qadar usaha dan sebagainya lagi. Maka, kita pastilah tersilap jika kita menyangkakan bahawa qadar itu tidak tertolak..dan juga tersilap jika sekali lagi kita mengiakan ayat. Sudah takdirnya aku jadi begini....

          Kita tidak boleh menyalahkan takdir atas setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita. Janganlah kerana kita tidak solat Subuh pagi tadi, kita ‘console’kan hati kita dengan ayat.. Sudah takdirnya aku jadi begini....Pasti ada sebab yang menjadikan sesuatu akibat. Kita tidur lewat ke, kita tak kunci jam ke..Kita tidur tanpa niat nak bangun Subuh ke..Seribu satu alasan boleh dijadikan punca. Berbalik kepada soal qadar tadi, tidak pula semua soal qadar itu boleh ditolak.Firman Allah, mafhumnya:

“Jika Allah akan menimpakan bahaya kepada engkau, maka tidak ada yang boleh menghindarkanya selain dari Dia (Allah); dan jika Allah menentukan yang baik/keuntungan bagi engkau, maka tidak ada seorang pun yang boleh menolak/menghalangi kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, di antara hamba-hambaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yunus:107)

          Hal ini selari dengan penciptaan kita sebagai manusia, di mana sebagai manusia, qadar kita adalah hidup, maka mati itu qadar kita juga. Qadar kita mempunyai anak, maka, kita perlu bersuami/beristeri, dan untuk itu kita perlu berkahwin. Maka, ada qadar yang berkaitan, tidak berdiri dengan sendirinya. Sesungguhnya, Allah itu maha mengetahui akan keperluan hambanya. Dengan iradah dan kudratNya, memilih ketentuannya hamba-hambaNya.Cerdik pandai menyimpulkan, manusia belajar dari kesalahan dan kekurangan. Mudah-mudahan kesalahan dan kekurangan itu bermanfaat untuk manusia.

“Telah timbul kecelakaan di darat dan di laut, disebabkan usaha perbuatan manusia. Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari perbuatan bahaya yang mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali kepada yang benar.” (Ar-Rum: 41) 

Sadaqallah-hul-‘Adzim...Editor..