Make your own free website on Tripod.com
SinarOnline
Edisi:1
 
 
 
Fokus
 
Semasa
 
Untukmu Muslimah
 
Fiqh
 
Tazkirah
    Di mana hijabmu


    Hijab ertinya tirai atau dinding dan digunakan juga dengan erti kata perlindungan wanita Islam daripada pandangan-pandangan lelaki ajnabi.Tetapi apa yang saya lebih tekankan di sini ialah konsep menutup aurat bagi wanita Islam yang mengikut syariat Islam. Sebelum meneruskan lebih lanjut, marilah kita tanya diri kita, setakat manakah kita memahami konsep menutup aurat yang dianjurkan oleh Islam. Kalau kita perhatikan pada zaman moden ini, perkembangan fesyen begitu pesat sekali dengan wanita Islam sendiri turut tidak ketinggalan mengikuti arus ini.Islam tidak menetapkan jenis pakaian bagi wanita Islam. Apa yang dituntut oleh Islam ialah pakaian yang memenuhi syariat iaitu menutup aurat. Pakailah apa yang anda suka tapi pastikan ia memenuhi apa yang dikehendaki oleh syariat. Marilah kita sama-sama perhatikan ciri-ciri pakaian wanita Islam : 

    1. Menutup aurat dan perhiasan sebagaimana yang dikehendaki, seperti firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud : "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : 'Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampunlagi Maha penyayang." 

    2. Pakaian tidak nipis hingga menampakkan bayang-bayang tubuh badan dari luar. 

    3. Pakaian itu tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan yang hendak di selindungkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat daan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" [ Riwayat Muslim ] 

    4. Pakaian itu hendaklah yang tidak menarik perhatian lelaki. 

    5. Pakaian itu tidak menyerupai lelaki. Imam Hafiz menukilkan hadith yang bermaksud : "Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang menyerupai dirinya dengan wanita dan sebaliknya mengutuk wanita-wanita yang menyerupai dirinya seperti lelaki". 

    6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik yang mendedahkan aurat. Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka". [Riwayat Tabrani] 

    7. Pakaian itu bukan untuk bermegah-megah, menunjuk-nunjuk atau berhias(menarik perhatian orang ramai). Setelah membaca keterangan di atas, mari kita perhatikan dan menilik diri kita, adakah kita sudah menepati ciri-ciri yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Kalau belum menepati kehendak syariat, marilah kita mulakan langkah untuk memperbaikinya, sekurang-kurangnya kita mempunyai niat untuk memperbaiki dan mengubah diri kita. Terlalu banyak faedah yang kita perolehi daripada menutup aurat tetapi itu bukanlah persoalan utama sebaliknya ia adalah tanggungjawab kita untuematuhi perintah Allah SWT yang mewajibkan setiap wanita Islam menutup aurat. Pada masa kini kita sedih melihat ramai di kalangan wanita Islam yang memakai tudung kerana fesyen dan ingin kelihatan anggun dan menarik apabila mengenakan tudung di kepala, lebih-lebih lagi di kalangan remaja Islam kita pada masa kini. Jesteru itu, betulkanlah niat anda dan mulakanlah langkah dari sekarang!!! 

    *Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila baca buku 'Wanita dan kekeluargaan' oleh Abu Urwah.